Kejayaan penganjuran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 dengan SOP yang ketat boleh menjadi penanda aras untuk penganjuran acara lain semasa tempoh pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengakui, dengan SOP yang terperinci, keselamatan semua pihak dapat dijaga walaupun melibatkan acara besar.

Kejayaan ini juga digunakan sebagai penanda aras dari segi SOP untuk menganjurkan aktivitI besar seperti ini.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media sempena hari terakhir Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

Karnival empat hari, yang bermula Khamis lepas bertema ‘Temasya Kepelbagaian Budaya’ itu, diadakan kembali dan Kuching menjadi lokasi pertama selepas hampir empat tahun tidak berlangsung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini