Seorang kanak-kanak perempuan, Cleo Smith, empat tahun, pertama kali, kanak-kanak itu dilihat muncul di khalayak ramai semalam.

Ia kemunculan yang ditunggu sejak ditemui di sebuah rumah tidak berkunci di pinggir pantai Carnarvon selepas 18 hari kehilangannya.

Cleo Smith bersama ibunya, Ellie Smith dan bapa tirinya, Jake Gliddon itu dirakam ketika meninggalkan rumah mereka di Carnarvon.

Sebelum ini, Cleo didapati hilang apabila ibunya terjaga pada pukul 6 pagi dan mendapati zip pintu khemah terbuka dan anak perempuan sulungnya hilang.

Siasatan awal polis menunjukkan kanak-kanak perempuan itu diculik manakala suspek kes tersebut telah diberkas polis dan bakal didakwa Rabu depan.

Pada akhir bulan lalu, polis menawarkan 1 juta dolar Australia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat membawa kepada penemuan Cleo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini