Hanoi dan pulau Phu Quoc di Teluk Mekong disenaraikan oleh CNN sebagai destinasi yang wajib dikunjungi di Asia. Hanoi,lapor CNN Trvelers menyimpan pelbagai tarikan antaranya senibina Kolonial era Perancis,di samping kesenian dan makanan. CNN Travelers juga memetik,para pelancong boleh menyaksikan pemandangan indah,matahari terbenam di Pulau Phu Qouc,antara pulau yang turut mempunyai pantai paling indah di Asia Tenggara Antara destinasi lain yang turut disenaraikan oleh CNN termasuklah Bali,Luang Prabang dan Kyoto. Penyanyi popular era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73 tahun, meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung. Berita mengenainya disahkan anaknya, Khir Rahman. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak pada pukul 12.40 tengah malam tadi.Jenazah allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.Allahyarham Datuk A Rahman Hassan dimasukkan semula ke Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain lemah jantung. Pada 1 Jun lepas, allahyarham dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat masalah jantung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini