Colombia, Ghana, Honduras dan Papua New Guinea bakal menjadi anggota penuh Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit; CPOPC menjelang Mei tahun depan.

Pengarah Eksekutif CPOPC Tan Sri Dr Yusof Basiron memaklumkan, penyertaan anggota baharu itu akan mengukuhkan suara bersama majlis tersebut dan layanan tidak adil Kesatuan Eropah terhadap industri minyak sawit.  Jelasnya, wakil-wakil negara berkenaan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri CPOPC Ke-9 secara maya, atas kapasiti sebagai negara pemerhati.

Negara terbabit turut menekankan kepentingan untuk saling bekerjasama dalam meningkatkan kepentingan bersama khusus dalam mempertahankan industri daripada sentimen negatif dan dakwaan tidak berasas.

Negara pengeluar juga perlu menuntut layanan adil terhadap minyak sawit yang dihasilkan secara mampan. 

Sementara itu, dalam mesyuarat tersebut, Malaysia dan Indonesia mengulangi komitmen untuk memastikan harga tinggi dan kompetitif tahun hadapan menerusi pelbagai langkah dan tindakan diselaras di peringkat CPOPC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini