Presiden Joe Biden mengecam rakan sejawatnya dari China dan Rusia, Xi Jinping serta Vladimir Putin kerana kegagalan mereka untuk hadir ke Sidang Kemuncak Iklim COP26.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata, China telah “menjauhkan diri” dalam isu terbesar zaman ini iaitu berkaitan ancaman iklim; dan menyifatkan ketiadaan presiden Xi sebagai “kesilapan besar”.

Biden kemudian menyelar Rusia kerana tidak komited kepada matlamat iklim yang bercita-cita tinggi.

Beliau berucap kepada pemberita pada Persidangan Iklim di Glasgow, Scotland, pada Selasa.

Biden berkata COP26 membawa kemajuan bersejarah dalam menangani pemanasan global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini