11 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, angka terendah sejak 25 April tahun lepas yang mencatatkan 10 kematian.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, manakala Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kematian.

Dalam pada itu, 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan meningkat kepada 59,161,467 dos termasuk dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini