Sebanyak 13 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,978 orang, daripada 2.85 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan  di portal COVIDNOW, empat daripada 13 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Johor dan Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga, diikuti Sabah , dua kes.

Manakala Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu serta Kuala Lumpur , masing-masing satu kes.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 54,777 kes aktif dilaporkan.

Ini  termasuk 114 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh dilaporkan sebanyak 3,232.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini