Kes harian baharu COVID-19 negara kekal bawah 2,000 untuk hampir dua minggu berturut-turut dengan seribu 399 kes sembuh dilaporkan semalam.

Menurut data laman COVIDNOW, sebanyak 21,074 kes menjalani dikuarantin di rumah daripada 22,074 kes aktif COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 1,887 kes baharu dilapor semalam dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 776 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 371 kes dan Perak 143 kes.

Negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini