Lebih 150,000 angka korban dicatatkan di United Kingdom akibat COVID-19.

Menerusi Twitter Perdana Menteri, Boris Johnson mengakui setiap kematian akibat pandemik itu telah meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan dan komuniti.

Justeru, beliau sekali lagi mengulangi gesaan agar setiap individu mengambil vaksin sebagai jalan keluar daripada belenggu pandemik.

Angka individu yang positif atau kuarantin telah mencecah bilangan kakitangan kesihatan sehingga mendorong kementerian pertahanan mengarahkan tentera bagi membantu kakitangan di hospital.

UK merupakan antara negara paling teruk dilanda COVID-19 di Eropah dengan minggu lepas mencatatkan rekod tertinggi melebihi 200,000 kes positif dalam tempoh 24 jam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini