Malaysia mencatatkan pertambahan 1,571 kes baharu COVID-19 pada Ahad. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, ia membabitkan 1,570 penularan dalam negara dengan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 4.52 juta kes. Turut dilaporkan, terdapat pertambahan satu kes kematian baharu dilaporkan semalam. Kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 22,395 kes.

95.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Manakala hanya 18 individu ditempatkan di PKRC. Seramai 976 dirawat di hospital dengan 26 ditempatkan di unit rawatan rapi ICU.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini