Sejak 25 November lalu hingga 11 Januari, sebanyak 16 kluster COVID-19 membabitkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi dikesan.

7 daripadanya melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam lagi kluster membabitkan kes indeks berkemungkinan Omicron.

Sementara, tiga kluster membabitkan kes indeks positif COVID-19 bukan varian Omicron.

Punca penularan disebabkan jemaah tidak mematuhi SOP ketika aktiviti semasa melaksana umrah dan menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia dari tanah suci.

Tan Sri Dr. Noor Hisham menyifatkan peningkatan kes daripada kluster jemaah umrah adalah serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh singkat.

Penularan daripada kes jangkitan import kepada keluarga juga berlaku dengan cepat.

456 individu dalam kluster jemaah umrah telah disaring dengan 219 daripadanya disahkan positif.

Ia menjadikan kadar positif sebanyak 48%.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini