Kes baharu COVID-19 semalam mencatatkan penurunan iaitu 26,832 kes berbanding Sabtu lalu berjumlah 28,825 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah terbaharu itu membabitkan 26,764 kes tempatan dan 68 import.

Selain itu, hanya 133 kes melibatkan kategori 3, 4, dan 5 manakala 26,699 kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

Bagi kes aktif pula, terdapat 251,678 kes dilaporkan dengan 94.8 peratus daripadanya menjalani kuarantin di rumah manakala 21 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) dan 3.0 peratus menjalani rawatan di hospital.

Sementara itu, sebanyak 18,459 kes sembuh direkodkan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini