Sebanyak 27,808 kes baharu COVID-19 dicatatkan Malaysia, semalam.

119 daripadanya merupakan kes import.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 103 kes atau 0.37 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

Manakala 27,705 kes atau 99.63 peratus adalah kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 16 lagi kluster baharu direkodkan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif semasa sebanyak 486.

Dalam pada itu, 12,488 kes sembuh dan  235 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 132 memerlukan bantuan pernafasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini