86 kes COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan penduduk terjejas banjir.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 267 kes setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 75 daripada 86 kes, dikesan melalui saringan kemasukan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Selebihnya adalah kes COVID-19 sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum banjir.

Kesemua kes diasingkan daripada penduduk terjejas banjir yang lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini