Aksi separuh akhir pertama antara Liverpool dan Arsenal awal pagi esok terpaksa ditunda susulan krisis COVID-19 di Anfield.

Selasa lalu, Liverpool terpaksa membatalkan sesi latihan mereka dan menghantar permohonan untuk menunda perlawanan berkenaan selepas peningkatan kes COVID-10 dalam kalangan pemain dan pegawainya.

Pusat latihan mereka juga ditutup sementara pada Rabu apabila beberapa lagi individu dijangkiti COVID-19 termasuk pembantu pengurusnya, Pep Lijnders

Lijnders sebelum ini menggantikan tempat pengurus, Jurgen Klopp yang menjalani kuarantin ketika The Reds seri 2 sama dengan Chelsea Ahad lalu.

Susulan penangguhan itu, pertemuan Liverpool dengan Arsenal akan berlangsung di Emirates pada Jumaat depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini