Kerajaan Arab Saudi menyekat penerbangan masuk dari tujuh negara benua Afrika berikutan kemunculan varian baharu Covid-19.

Negara yang tersenarai dalam sekatan tersebut adalah Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho, dan Eswatini.

Kementerian Dalam Negeri Saudi dilapor berkata, penerbangan komersial dan persendirian dari kesemua negara terbabit disekat berkuat kuasa semalam.

Selain itu, beberapa negara lain antaranya Amerika Syarikat, Brazil dan Kanada turut melakukan sekatan sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini