Kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat  terus melonjak ke paras tertinggi dengan 265,000 sehari secara purata.

Sebahagian besar kes  disumbangkan  oleh varian Omicron yang sangat mudah menular.

Menurut data Johns Hopkins University, kes harian baharu di negara itu meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu.

Kes itu mengatasi paras lama 250 ribu  yang ditetapkan pada pertengahan Januari.

Versi mutasi virus yang merebak dengan pantas telah menimbulkan kebimbangan  pada sambutan Krismas dan menjelang Tahun Baru, sehingga  memaksa masyarakat mengecilkan skala atau membatalkan perayaan mereka.

Ancaman Omicron telah mendorong ramai rakyat Amerika menjalani ujian saringan COVID-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini