Belum ada keperluan untuk menutup Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor buat masa ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiga daripada sembilan Hospital Medan masih beroperasi iaitu Hospital Medan Sultanah Aminah, Unit Rawatan Rapi Hospital Kepala Batas dan Hospital Pulau Pinang.

Manakala enam lain antaranya, Hospital Medan Tawau dan Hospital Medan ATM di Hospital Selayang, sudah ditutup operasi.
 
Ujar beliau lagi, pelbagai perkara perlu dinilai terutama melibatkan perjalanan antara Johor ke Singapura yang boleh merubah landskap hubungan dua hala jika sebarang keputusan dibuat secara sepihak.
 
Dalam pada itu, penutupan hospital medan di Pulau Pinang akan diputuskan, bergantung kepada penilaian oleh pihak kementerian kelak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini