Presiden Joe Biden memohon negara-negara lain mengikuti jejak Amerika Syarikat yang mendermakan vaksin COVID-19 kepada negara memerlukan.

Biden menegaskan, pandemik COVID-19 tidak akan berakhir selagi populasi global tidak divaksinasi pada kadar sepatutnya.

Biden turut mendesak negara-negara tertentu melepaskan perlindungan harta intelek ke atas vaksin.

Ini akan membolehkan pengeluaran vaksin dibuat di seluruh dunia.

Rayuan itu dinyatakan ketika Biden mengenakan larangan perjalanan terhadap lapan negara di benua Afrika, susulan penemuan varian baharu Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini