Britain mencatatkan 53,945 jangkitan baharu COVID-19 iaitu tertinggi sejak 17 Julai lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 10.329 juta kes berdasarkan angka rasmi dikeluarkan Khamis lalu.

Manakala 141 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 145,281 dan 7,644 pesakit masih dirawat di hospital.

Data terbaharu itu dikeluarkan ketika Britain mengesahkan 10 lagi kes COVID-19 membabitkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 42 orang.

Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan, lebih sejuta orang di Britain terus mengalami gejala Long COVID, atau ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19.

Dianggarkan sehingga 31 Oktober, sebanyak 1.2 juta orang isi rumah persendirian dilaporkan mengalami Long COVID.

Lebih 88 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas di Britain telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 dan lebih 80 peratus lengkap dua dos.

Manakala lebih 33 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini