Perdana Menteri Britain Boris Johnson mempercepatkan program dos penggalak di negara itu selepas saintis menaikkan tahap amaran COVID-19 kepada 4 pada skala 5 mata.

Britain kini berdepan gelombang varian Omicron koronavirus dan dua dos vaksin tidak akan mencukupi untuk mengawalnya.

Johnson berkata program dos penggalak mesti berjalan lebih pantas kerana saintis belum mengetahui tahap Omicron berbanding varian lain.

Katanya, Omicron lebih mudah menular dan perkhidmatan kesihatan negara akan berjuang untuk menghadapi kemasukan ke hospital jika varian itu mengancam populasi yang belum menerima dos penggalak.

Saintis UK menaikkan tahap amaran COVID kepada empat, tahap kedua tertinggi, kerana kes jangkitan Omicron meningkat dua kali ganda di UK setiap dua hingga tiga hari.

Johnson menambah, semua individu berumur 18 tahun ke atas di England  berpeluang mendapatkan dos penggalak sebelum tahun baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini