California menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang merekodkan lebih daripada lima juta jangkitan COVID-19 setakat ini.

Jabatan Kesihatan Awam Negeri kini giat melakukan  untuk lonjakan jangkitan baharu susulan musim percutian menjelang kedatangan tahun baru.

Statistik itu bagaimanapun sudah dijangka di negeri dengan kepadatan 40 juta penduduk itu.

Angka kes di California itu  mendahului negeri-negeri utama yang lain di Amerika Syarikat.

Texas mencatatkan lebih 4.4 juta kes, manakala Florida mencapai angka 3.9 juta kes pada Ahad.

California turut merekodkan lebih 75,500 kematian berkaitan COVID-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini