China mengenakan sekatan ketat bagi membendung penularan COVID-19 terhadap pelawat ke Beijing, berkuat kuasa semalam. Semua pelawat ke Beijing mesti terlebih dahulu mencatat keputusan negatif ujian COVID-19 dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, penerbangan domestik juga dikurangkan secara drastik. Penerbangan dari kawasan berisiko di China pula akan dibatalkan. Langkah tersebut bagi meningkatkan usaha mengekang virus COVID-19 menjelang temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Februari tahun depan. Dengan baki 100 hari lagi, China bersiap siaga menghadapi cabaran sifar COVID-19 apabila ribuan atlet antarabangsa dijadualkan tiba di Beijing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini