Dua dos vaksin COVID-19 tidak cukup untuk menghalang jangkitan varian Omicron. Sebaliknya, dos penggalak atau dos ketiga dilaporkan berupaya melindungi sekitar 75 peratus daripada gejala COVID-19.

Menurut saintis di United Kingdom, analisis awal kes varian Omicron dan Delta di negara itu mendapati, vaksin kurang berkesan untuk mengelak daripada dijangkiti varian baharu itu.

Salah satu kebimbangan varian Omicron, ia sangat mudah bermutasi dan menjadikan vaksin kurang berkesan. Analisis turut menunjukkan keberkesanan vaksin AstraZeneca dan penurunan ketara dua dos Pfizer-BioNTech.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini