Seramai 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan 2,093 kes baharu positif COVID-19 semalam. 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 15 individu ditempatkan di PKRC.

Sementara itu masing-masing satu kes kematian dicatatkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,735 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini