8,544 kes atau 44.8 peratus daripada 19,057 kes baharu yang dicatatkan semalam, tiada sejarah vaksinasi.

Manakala, 4,393 kes atau 23.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh suntikan.

Selebihnya iaitu 6,120 kes atau 32.1 peratus mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan 405 kes atau 2.1 peratus kes baharu semalam adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Sementara 18,652 kes lagi bersamaan 97.9 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 362 kes kematian baharu, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 152 kes, diikuti  Sabah (55) dan Johor (51).

304 daripadanya melibatkan kematian warganegara, manakala 58 bukan warganegara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini