Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan penemuan subvarian baharu Omicron BA.4 dan BA.5.

Varian tersebut bagaimanapun dilaporkan mempunyai kadar morbiditi yang rendah dalam kalangan pesakit yang disahkan positif.

Penemuan kes itu membabitkan seorang individu yang disahkan positif BA.4 tanpa gejala dan sudah dua kali divaksin pada 6 Jun lalu.

Menurut kementerian terbabit, tiga individu lagi disahkan positif BA.5 yang melakukan perjalanan ke luar negara hujung bulan lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Mohammad Syahril berkata, kesemua individu berkenaan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak.

Sehingga kini, negara yang banyak melaporkan kes BA.4 adalah Afrika Selatan, Amerika Syarikat Denmark dan Israel.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini