Israel memulakan kempen vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun.

Golongan terbabit akan diberi vaksin keluaran Pfizer.

Bagaimanapun bekalan vaksin berkenaan tiba lewat daripada dijadualkan.

Menurut media tempatan, ratusan ribu dos vaksin dijangka tiba hujung minggu biarpun pemberian vaksin sepatutnya bermula hari ini.

Sebelum ini, negara haram berkenaan telah memberi imunisasi sama kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini