Beberapa negara Eropah kembali menjadi pusat pandemik, sekaligus memaksa kerajaan pertimbang laksana semula perintah larangan bagi mengawal penularan kes COVID-19 menjelang Krismas.

Langkah drastik juga diambil untuk pastikan lebih ramai rakyat divaksinasi bagi melawan wabak berkenaan.

Belanda, Jerman, Austria dan Republik Czech antaranya sedang mengambil atau merancang langkah mengekang penularan wabak .

Di seluruh Eropah, jumlah kes positif mingguan merekodkan peningkatan mendadak.

Lima negara iaitu Britain, Russia, Turki, Jerman dan Ukraine merekodkan peningkatan kes lebih 50 peratus.

Angka keseluruhan kes positif itu bagaimanapun diimbangi dengan proses vaksinasi serta langkah kesihatan sosial yang sedang dilaksanakan.

Dalam tempoh tujuh hari lalu, sebanyak lebih 2,125, 000 kes jangkitan direkodkan dengan purata 303, 682 kes sehari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini