Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih 2.67 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terbaru oleh Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 70.6 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.28 juta.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.59 juta.

 Amerika Syarikat kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi melebihi 866,000 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini