Hospital di Jerman hampir mencecah kapasiti penuh berikutan hampir 4,000 pesakit COVID-19 kini  ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Saxony menjadi negeri pertama di Jerman yang merekodkan jumlah kes mingguan melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.

Tentera terpaksa dikerah membantu memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan ICU.

Tentera Udara Jerman menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke kawasan yang mempunyai katil tersedia.

Pada Khamis, sebuah helikopter dilihat membawa pesakit ICU dari Thuringia ke hospital di Hannover kerana dipercayai tiada kekosongan katil.

68.1 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman telah diberi vaksin sepenuhnya, jauh di bawah paras minimum 75 peratus yang disasarkan kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini