Labuan kini status zon merah selepas merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif dikesan melibatkan sebuah bistro dan majlis pertunangan.

Kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

Kluster yang muncul pada 21 November lalu itu menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan.

Beliau berkata dua pesakit, seorang daripadanya kanak-kanak berada dalam kategori lima dan empat. 

Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

Pulau bebas cukai itu sedang berhadapan dengan kenaikan kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini