Sebanyak 1,067 atau 46.8 peratus daripada keseluruhan 2,279 kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Sabah sehingga semalam adalah kes yang lewat didaftarkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun memaklumkan, 92 kes atau 4 peratus pula adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari, manakala 181 kes atau 7.9 peratus didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

Ujar beliau, kes baharu COVID-19 di Sabah menurun kepada 2,279 berbanding 2,404 yang dicatatkan.

Meski saringan kontak rapat menurun tetapi jumlah kes melalui saringan bergejala kian bertambah.

Trend tersebut membimbangkan kerana ia masih menjadi indikasi wabak COVID-19 semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini