Kes baharu COVID-19 di Afrika Selatan terus meningkat ketika negara itu giat berusaha membendung lonjakan jangkitan dicetuskan varian Omicron. Ketika ini, lebih 90 peratus kes baharu di Afrika Selatan adalah berkaitan varian Omicron.

Dalam tempoh 24 jam lalu sehingga Khamis, Afrika Selatan merekodkan 22,391 kes baharu. Ia meningkat berbanding kira-kira 200 kes sehari pada awal November.

Kempen vaksinasi di Afrika Selatan kurang mendapat sambutan walaupun mempunyai bekalan vaksin mencukupi dengan lebih 19 juta dos vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini