Liverpool mengemukakan permohonan kepada pihak Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) supaya meminda tarikh perlawanan separuh akhir pertama menentang Arsenal yang sepatutnya berlangsung awal pagi Jumaat.

Alasan yang diberikan ialah kerana peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 dalam kelab berkenaan.

Susulan krisis terbaharu itu, Liverpool turut membatalkan sesi latihan mereka pada petang semalam.

Sebelum ini, pengurus The Reds, Jurgen Klopp serta tiga pemain, Alisson Becker, Roberto Firmino dan Joel Matip disahkan positif COVID-19

Bulan lalu, Liverpool terpaksa melupakan khidmat Virgil van Dijk, Thiago Alcantara, Fabinho dan Curtis Jones akibat masalah yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini