Malaysia merekodkan 27,831 kes baharu COVID-19 semalam, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Bagaimanapun hanya 97 kes membabitkan kategori tiga hingga lima, mewakili 0.35-peratus daripada keseluruhan kes positif.

Manakala baki 27,734 kes atau 99.65 peratus lagi kategori satu dan dua.

Kemas kini terbaharu itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan  Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 3.11-juta.

Rekod tertinggi sebelum ini dicatat pada 26 Ogos 2021 dengan 24,599 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini