Buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19. Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, peralihan berterusan kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data.

Penentuan menerusi data itu diharap terus membuahkan hasil yang positif. Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitter rasminya.

Sementara itu, 1.29 juta atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Menurut portal COVIDNOW, 1.73 juta kanak-kanak atau 49 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini