Malaysia kembali mencatatkan sifar kematian akibat COVID-19, semalam.

Sejak lebih 18 bulan lalu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan setiap hari di negara ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kali terakhir negara merekodkan tiada kematian bagi kes COVID-19 adalah pada 18 Disember 2020.

Usaha peralihan berterusan kepada fasa endemik sentiasa diberi tumpuan.

Ia terus diukur dan dipacu berdasarkan data harian.

Menerusi Twitter, Khairy  menyeru orang ramai terus berdoa supaya usaha yang dilakukan khususnya dalam menangani COVID-19 melalui peralihan kepada fasa endemik membuahkan hasil.

Terdahulu, negara merekodkan 2,130 kes baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4.53 juta kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini