Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan skuad bimbingan Arulselvaraj tidak menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Lelaki) 2021 di Dhaka, Bangladesh susulan kebimbingan terhadap jangkitan COVID-19.

Kejohanan tersebut akan berlangsung 14 hingga 22 Disember ini

Menurut KHM, keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan berkenaan juga ada kaitan dengan salah seorang pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Situasi tersebut sekali gus memerlukan keseluruhan pasukan menjalani kuarantin wajib ditetapkan.

KHM turut mengambil kira pandangan Majlis Sukan Negara selain kementerian-kementerian yang bertanggungjawab mengenai hal pandemik COVID-19 di Malaysia.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan pasukan menjalani kuarantin kendiri bermula 8 hingga 14 Disember sekali gus memberi kesan kepada tarikh kejohanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini