Orang ramai di Kedah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard, SOP ketika melaksanakan urusan harian. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di laman facebooknya hari ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi memaklumkan, sehingga tengah hari tadi, Kedah merekodkan 472 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu meningkat berbanding 275 kes semalam. Daripada jumlah itu, Kulim mencatat kes tertinggi iaitu 108 kes, diikuti Kota Setar 99, Kuala Muda 82, dan Kubang Pasu 53 kes. Manakala Langkawi 39 kes, Pendang 22, Yan 20, Baling dan Sik masing-masing 17 kes, Bandar Baharu 9 dan Padang Terap, 6 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini