Rakyat yang mempunyai dua dos suntikan vaksin dan dos penggalak boleh menyambut Krismas dan cuti seperti dirancang. Itu kata Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Mereka yang telah divaksinasi tidak seharusnya membatalkan rancangan berjumpa keluarga terutama ketika cuti Krismas ini. Beliau menyeru rakyatnya agar mendapatkan suntikan COVID-19 dan dos penggalak.

Semalam White House mengumumkan langkah-langlah tambahan termasuk mengaktifkan kira-kira 1,000 kakitangan perubatan tentera untuk menyokong hospital yang sudah dibelenggu oleh pesakit COVID-19 di beberapa kawasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini