Program vaksinasi di lapangan bagi mengenal pasti penduduk yang tercicir menerima suntikan vaksin COVID-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dilaksana dalam masa terdekat.

Hal tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Tumpuan diberikan kepada penduduk di kawasan yang merekodkan kes COVID-19 melebihi 500 dalam tempoh dua minggu lepas. Ini terutamanya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini