Sebuah sekolah agama di Bagan Datuk menjadi sekolah kedua merekodkan jangkitan COVID19 di Perak.
 
Ia selepas kes sama dilaporkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, tiada sebarang penutupan sekolah dibuat dan pelajar yang positif telah diasingkan ke
asrama berasingan.

Datuk Seri Saarani berkata,pihaknya juga masih belum memperoleh jumlah sebenar jangkitan COVID-19 membabitkan sekolah memandangkan terdapat sekolah bukan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri, JPN atau Kementerian Pendidikan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini