Perancis mula memberikan suntikan dos penggalak kepada golongan warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, yang mempunyai masalah kesihatan serius.

Kementerian Kesihatan menganggarkan lebih 18 juta warga emas akan menerima dos berkenaan secara berperingkat.

Kempen suntikan dos penggalak mula dilaksanakan pada 12 September nanti di rumah penjagaan orang tua.

Langkah itu diambil susulan nasihat yang diberikan Badan Kesihatan.

Menurut kajian dilaksanakan badan berkenaan, vaksin sedia ada tidak berupaya untuk memerangi kesan COVID-19, khususnya varian Delta.

Golongan warga emas dengan komplikasi kesihatan amat berisiko dijangkiti, sekiranya mereka tidak diberikan dos penggalak.

Kerajaan Perancis setakat ini hanya fokus kepada warga emas dan tidak bercadang meluaskan pemberian dos penggalak kepada semua penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini