Perancis merekodkan lebih 30,000 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Gelombang kelima penularan wabak itu adalah kadar jangkitan tertinggi dilaporkan sejak Ogos lalu ketika negara itu mengetatkan sekatan dan pelaksanaan penjarakan fizikal

Sejumlah 30,454 kes baharu direkod menjadikan kes kumulatifnya kini melebihi 7.45 juta.

Ia merupakan peningkatan perbandingan minggu ke minggu sebanyak 54 peratus dan kadar tinggi jangkitan itu direkod ketika Perancis sedang memperhebatkanĀ  program vaksinasi.

Minggu lalu, pengawal selia kesihatan Perancis mengumumkan pemberian dos ketiga diperluaskan kepada golongan berusia lebih 40 tahun.

Kerajaan turut mengumumkan pemakaian pelitup muka wajib di semua sekolah ketika bilangan pesakit di unit rawatan rapi hospital negara berkenaan meningkat
ke 1,455 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini