Kerajaan Perancis mempertahankan rancangannya  untuk membenarkan hanya mereka yang diberi vaksin sepenuhnya menikmati akses berterusan ke tempat-tempat awam.

Ia susulan satu lagi kes baharu tertinggi yang direkodkan pada Rabu iaitu sebanyak 208,000 kes, sebahagian besarnya akibat varian Omicron.

Sehubungan itu, Perancis terus  meningkatkan tekanan terhadap individu yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Olivier Veran  menasihati orang yang paling terdedah yang belum mendapat suntikan penggalak untuk melindungi diri daripada jangkitan.

Mengenai usaha mempercepatkan pengenalan pas vaksin , ia katanya  sebahagian daripada strategi kerajaan untuk menggalakkan vaksinasi.

Kerajaan mahu pas vaksin dikuatkuasa sepenuhnya pada pertengahan Januari depan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini