Kerajaan Negeri memperuntukkan 38.5 juta ringgit untuk diagih kepada golongan terkesan pandemik termasuk yang dijangkiti dan dikuarantin.

Pemberian turut meliputi peniaga, petani dan pekerja yang terjejas pendapatan.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man, selain membantu mereka yang terkesan beberapa perancangan diambil bagi meningkatkan ekonomi rakyat termasuk memperkenalkan Polisi Perlis Bebas Niaga yang memberi manfaat kepada 480 peniaga.

Selain itu, pelaksanaan bantuan makanan asas, susu dan lampin pakai buang kepada semua yang terjejas termasuk mereka yang dikuarantin melibatkan peruntukan RM3.53 juta.

Inisiatif lain menerusi program Perlis Pahadoi iaitu pemberian bantuan makanan asas, program I-Suri dan bantuan petrol percuma sebanyak RM7.8 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini