Lebih RM900 juta disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sejak dua tahun lalu, berjaya membantu pemain industri khususnya sektor agromakanan kekal bertahan ketika berdepan COVID-19. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan tersebut diberikan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Dana Jaminan Makanan. 

Dalam usaha memastikan setiap pemain industri dapat memanfaatkan peruntukan itu, kementerian komited meneruskan sesi dialog atau libat urus bersama golongan tersebut.

Beliau sebelum itu mengadakan sesi libat urus sempena Jelajah Dialog Industri Agromakanan bersama komuniti di Pagoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini