Petugas kesihatan Singapura menerima durian runtuh.

Bonus besar diberi kerajaan bagi menghargai peranan mereka dalam pengendalian pandemik Covid-19.

Insentif sehingga 4,000 dolar Singapura diberi kepada setiap petugas kesihatan negara itu bagi menghargai kerja keras mereka mengendali pandemik.

Menurut Kementerian Kesihatan, Anugerah Penjagaan Kesihatan Covid-19 itu akan diberi kepada semua kakitangan di hospital akut, hospital masyarakat dan poliklinik.

Turut menerimanya, petugas barisan hadapan yang memberi khidmat secara langsung kepada masyarakat seperti kakitangan pusat jagaan warga emas dan pusat dialisis.

Dianggarkan 100,000 kakitangan terlibat penjagaan kesihatan awam mendapat manfaat.

Geran 10,000 dolar juga diberi kepada setiap Klinik Kesediaan Kesihatan Awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini