Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK di Sarawak menunjukkan keberkesanan dengan trend kes positif termasuk kategori klinikal tiga; menurun sejak enam bulan kebelakangan ini.

Pakar Perubatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri yang juga Penyelaras Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Kuching, Dr Peter Jerampang berkata, lebih 50 peratus kes aktif menjalankan kuarantin di rumah sahaja, manakala 23.7 peratus lagi memerlukan rawatan di hospital.

Bercakap dalam program Randau di TV1, beliau menambah, hanya 1.9 peratus daripada kes aktif memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi.

Sehingga semalam 91.4 peratus golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas di Sarawak telah menerima dos 1 dan dua vaksin COVID-19.

Manakala 75.3 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima dos serupa.

Dalam pada itu, lebih 800-ribu penduduk di Sarawak telah menerima dos ketiga atau dos penggalak.

Mengulas mengenai persediaan pada hari mengundi 18 Disember ini, Dr Peter berkata kakitangan Jabatan Kesihatan akan ditempatkan di khemah-khemah khas di setiap pusat pengundian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini